June 4, 2008

Harga petrol seharusnya menjadi secetek/lebih cetek dari BM saya

Kini, harga petrol telah meningkat 75sen per litre. Hatiku terasa sebak apabila berita ini disebarkan dan dikuatkuasakan. Apa yang meneyebabkan hatiku yang nipis dan kecil ini menjadi lebih pedih adalah tambang teksi di sekitar Subang pasti akan meningkat. Tambang yang dikenakan untuk ke Sunway Pyramid dari Mentari Court ialah RM7 walaupun perjalanannya hanya mengambil 5 hingga 10 minit. Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Mentari ke Sunway Pyramid bukanlah teramat jauh, namun jauh bagi pejalan kaki. Inilah antara perkara terbodoh yang negara kita alami, iaitu pemandu teksi di kawasan sekitar Subang tidak mengamalkan prinsip teksi bermeter. Saya percaya jika pemandu teksi menggunakan meter di dalam teksi bodoh mereka itu, tambang yang dikenakan hanyalah kurang dari RM5. Amat bodoh dan mencekikkan darah saya dan manusia lain. Kebodohan dan ketidakadilan tahap maksimum. Oleh kerana harga petrol telah meningkat, saya menjangka tambang ke Sunway Pyramid juga akan meningkat, kemungkinan sehingga RM10. Ini akan mengakibatkan saya menjadi lebih jimat, walaupun kini saya sedang mengamalkan amalan berjimat saya, ini akan menyebabkan saya menjadi lebih lebih jimat. Oleh itu, in the future, saya akan mampus laa. aiyohh. Badawi pun satu macam mia. Tidak mengizinkan subsidi rakyat untuk digunakan sebagai pampasan bagi kenaikan harga ke atas semua barangan di Malaysia.

Saya yakin karangan saya ini adalah karangan paling teruk yang pernah saya tulis.
Ya. penggunaan tatabahasa, frasa nama, subjek dan predikat saya semuanya telah disalah gunakan.
Otak saya kini ibarat sebatang paku yang telah berkarat.
Guru Bahasa Melayu saya, terutamanya Puan Yong pasti akan menjadi kecewa terhadap karya ini. Maaf cikgu. Saya berjanji saya akan membaca lebih banyak buku cerita dan meyelami bahasa dalam buku komsas itu. GKK. (Gelak Keluar Kuat)= LOL (Laugh Out Loud). haha.

Sekian.

4 comments:

  1. err...woaa...long time din see malay words liao leh!!

    luckily i can still understand kuk.hahaha.

    but unfortunately,i can't speak fluent malay anymore,can't even tell the Pizza Hut delivery guy the instructions to my place.sucks.

    oh yea..just saw the news last night,damn this price again.sigh..

    ReplyDelete
  2. Lol. I bet your BM is worst than mine. hahaha. Ala, but you're in Aussie. Wouldn't affect you that much.Is the fuel price in Aussie increased that high too?

    ReplyDelete
  3. eh cik adik.. harga petrol naik 78 sen la.. awak punya info tak tau la datang dari mana... haha.... lolz... now u set a new short form for LOL.. its suppose to be KKK (ketawa kuat-kuat).. sounds better though... *giggles*

    ReplyDelete